Monday, April 19, 2010

Aduhaii..bila nk abih penderitaan nih..

Dah 4 paper dh abih..lega..tinggal lg 3 lg..seksanya memerah otak yg semakin berkarat dan semak dgn pelbagai benda..tp..aku bagai tak sedar semua itu telah membuatkan aku menjadi seorang yang tabah..walau diasak dengan kerja yang banyak..menguruskan anak,suami,rumahtangga dan ibu..aku masih mampu menanggani dengan tenang..aku pun tak tahu dari mana datangnya kekuatan itu..
Terima kasih kepada mereka yang banyak memberi sokongan..malah tidak kurang juga yg melahirkan rasa kagum terhadap diriku..tp sesungguhnya rasa itu bukan seharusnya dituju pada aku tp pada mereka yang berada di sekelilingku yang tidak jemu2 memberi sokongan dan nasihat untuk menguatkan diriku..kalu tanpa kalian..entahlah!! Aku juga manusia biasa yang tidak lepas dari rasa emosi dan tertekan..kadang kala terlepas juga perasaan itu..walaupun sekuat daya aku cuba kekang..maafkan aku-ditujukan pada mereka yang berkenaan.
Aku telah mengambil keputusan untuk menginap di hostel sepanjang aku menghadapi exam..bukan kerana aku ingin melepaskan tanggungjawab aku sebagai seorang ibu dan isteri..tp demi masa depan kita bersama aku terpaksa..aku rasa di saat begini dgn usia yang sebegini pembelajaran secara kooperatif lebih menyakinkan...aku telah membuat study group dengan kwn2 yg senasib dgnku..kami terpaksa mengorbankan keluarga untuk seketika..sementara nk lepas seksaan ini...harap keputusan nanti berpihak kepada kami...Amin

Friday, April 2, 2010

Tatkala aku telah nekad...

Aku ini simple orgnya..aku menerima huluran salam persahabatan dengan sesiapa sahaja..tiada sedetik utk aku menyimpan niat buruk terhadap temanku...mungkin luaran aku terlalu ceria sehingga pyh utk org meletak kepercayaan pada aku..tp percayalah.. aku sememangnya ikhlas bersahabat...jika aku telah sayang kepada seseorang susah utk aku mengubah rasa itu..walaupun teman aku itu bersifat buruk n curang...aku menerima seseorang teman atas dasar persahabatan yang ikhlas..tanpa melihat sudut keburukan dirinya...TAPI..aku juga ada prinsip aku tersendiri..jangan sesekali berbohong dan melihat keburukan diriku dan menuduh aku yang bukan-bukan..memang aku tak dapat menjadi seperti yang dikehendaki tp memadailah jika ada perubahan yg aku lakukan demimu teman..walau tak byk tp sedikit pun seharusnya kau hargai...aku sedih kerana kau melihat aku dari sudut yang negatif...
Maafkan aku kerana tak dapat lagi jadi sahabatmu..byk peluang aku beri supaya kita tetap bersahabat tp sayangnya kau TAK PANDAI GUNA PELUANG ITU..
"Sesungguhnya yang putih itu amat senang menjadi hitam..dan hitam amat sukar utk diputihkan ..oleh itu hargailah saat ia masih putih"
*Memang aku pernah berjanji kita akan setia bersahabat sehinggalah kita grade..tp mmg aku juga yang mungkir janji...aku ingat janji aku itu..aku tak pernah lupa..maafkan aku..aku tak sanggup lagi diperbodoh secara terang- terangan oleh org yang aku sgt percayai dan hormati..terus terang aku dah tidak rasa bahagia di sampingmu.."biar kita bahagia dengan cara kita masing-masing..dan selamat menghadapi peperiksaan..doa aku dari jauh semoga kau berjaya..Amin"