Monday, April 19, 2010

Aduhaii..bila nk abih penderitaan nih..

Dah 4 paper dh abih..lega..tinggal lg 3 lg..seksanya memerah otak yg semakin berkarat dan semak dgn pelbagai benda..tp..aku bagai tak sedar semua itu telah membuatkan aku menjadi seorang yang tabah..walau diasak dengan kerja yang banyak..menguruskan anak,suami,rumahtangga dan ibu..aku masih mampu menanggani dengan tenang..aku pun tak tahu dari mana datangnya kekuatan itu..
Terima kasih kepada mereka yang banyak memberi sokongan..malah tidak kurang juga yg melahirkan rasa kagum terhadap diriku..tp sesungguhnya rasa itu bukan seharusnya dituju pada aku tp pada mereka yang berada di sekelilingku yang tidak jemu2 memberi sokongan dan nasihat untuk menguatkan diriku..kalu tanpa kalian..entahlah!! Aku juga manusia biasa yang tidak lepas dari rasa emosi dan tertekan..kadang kala terlepas juga perasaan itu..walaupun sekuat daya aku cuba kekang..maafkan aku-ditujukan pada mereka yang berkenaan.
Aku telah mengambil keputusan untuk menginap di hostel sepanjang aku menghadapi exam..bukan kerana aku ingin melepaskan tanggungjawab aku sebagai seorang ibu dan isteri..tp demi masa depan kita bersama aku terpaksa..aku rasa di saat begini dgn usia yang sebegini pembelajaran secara kooperatif lebih menyakinkan...aku telah membuat study group dengan kwn2 yg senasib dgnku..kami terpaksa mengorbankan keluarga untuk seketika..sementara nk lepas seksaan ini...harap keputusan nanti berpihak kepada kami...Amin

1 comment:

  1. Salam ramadhan....tengah study ye..moga terus berjaya dan tabah mengharungi perit jerih bergelar student, ibu dan isteri...

    ReplyDelete